Pengenalan MyPO
Pengenalan MyPO
Anda pelajar sekolah menengah yang suka berfikir, rajin membaca dan minat berhujah? Anda berminat mendalami ilmu falsafah?
Jika ya, anda dijemput untuk menyertai Olimpiad Falsafah Malaysia (MyPO), satu pertandingan penulisan esei falsafah peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 23 November 2024.
MyPO adalah suatu pertandingan penulisan esei falsafah, anjuran Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang belajar di peringkat menengah atau pra-universiti (termasuk di luar negara), dan berumur 18 tahun ke bawah.
Para pemenang MyPO akan berpeluang untuk menyertai Bengkel Olimpiad Falsafah Malaysia, iaitu bengkel latihan bagi memilih pasukan Malaysia bagi International Philosophy Olympiad (IPO). Peserta yang terpilih akan mewakili Malaysia ke IPO 2025 yang bakal dianjurkan pada bulan Mei 2025 di Bari, Itali.
Mengenai IPO
Mengenai IPO
IPO merupakan suatu pertandingan penulisan esei falsafah peringkat antarabangsa yang membabitkan lebih 50 buah negara. IPO telah diasaskan pada tahun 1993 dan diadakan setiap tahun pada sekitar bulan Mei. Pertandingan IPO adalah di bawah naungan International Federation of Philosophical Societies (FISP).
Kenali IPO dengan lebih lanjut di pautan http://www.philosophy-olympiad.org/.
Setiap negara boleh menghantar 2 orang peserta ke IPO, yang dipilih melalui pemilihan di peringkat kebangsaan oleh organisasi yang dilantik oleh FISP. Proses pemilihan peserta Malaysia diuruskan oleh PPFPM; proses ini bermula dengan MyPO dan diikuti dengan beberapa siri latihan dan saringan.
Malaysia mula mengambil dalam IPO sejak tahun 2018. Walaupun penglibatan Malaysia masih baru, para peserta negara telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan memenangi anugerah di IPO pada setiap tahun Malaysia mengambil bahagian:
– Saudara Chan Tzu Kit (Saguhati, IPO 2018);
– Saudara Muhammad Amir Rafiq b. Mohd Rafee (Saguhati, IPO 2019, eIPO 2021 & Pingat Perak, eIPO 2020);
– Saudara Muhammad Emil Hafiz b. Hafiznizam (Saguhati, IPO 2022);
– Saudari Teng Jia Xin (Saguhati, IPO 2023);
– Saudara Thew Sean Schoen (Perak, IPO 2024).
Mengenai MyPO
Mengenai MyPO
A. Objektif
- Mendedahkan para pelajar Malaysia kepada bidang falsafah dan ketamadunan manusia, termasuk dari aspek tokoh, idea, aliran dan sejarah;
- Menyediakan para pelajar yang bakal ke IPT dalam bidang falsafah (Kursus Falsafah dan Isu Semasa adalah salah satu subjek wajib di IPT);
- Mendedahkan para pelajar kepada kaedah berfikir dan menulis yang efektif;
- Memberi pelajar peluang untuk menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
B. Format Pertandingan
- MyPO 2024 merupakan pertandingan penulisan esei falsafah secara atas talian.
- Peserta diberi 5 petikan yang berkaitan dengan falsafah. Peserta perlu memilih salah satu tajuk dan menulis satu esei berdasarkan tajuk tersebut.
- Tempoh masa yang diberikan adalah 12 jam (10am – 10pm).
- Tarikh pertandingan MyPO pada tahun ini adalah pada 23 November 2024 (Sabtu).
- Esei yang ditulis mestilah asli (tiada rujukan luar atau perisian/aplikasi berasaskan AI dibenarkan), dengan panjang 1000 – 2000 patah perkataan.
- Esei boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Esei boleh ditulis menggunakan perisian Microsoft Word, Google Docs, atau yang setara, dan dihantar dalam format PDF.
- Esei akan dinilai oleh sekumpulan pakar dari PPFPM yang terdiri daripada ahli akademik dan pendidik falsafah.
C. Persediaan Program
Sebelum pertandingan, perserta akan mengikuti 8 siri kuliah atas talian (melalui Zoom) mengenai topik-topik utama falsafah sebagai persediaan MyPO 2024. Kuliah akan diadakan pada :
- Tarikh : 26, 29 Oktober, 2, 5, 9, 12, 16, 19 November 2024 (Selasa & Sabtu)
- Masa : 8.00pm – 9.00pm.
Rakaman kuliah akan diberikan kepada para peserta. Pelajar wajib menulis sinopsis/refleksi bagi setiap kuliah yang diberikan.
D. Syarat Penyertaan
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut :
- Sedang mengikuti pengajian di sekolah menengah atau pra-universiti;
- Warganegara Malaysia;
- Berumur bawah 19 tahun pada tahun 2024;
- Belum memulakan pengajian peringkat diploma atau ijazah di universiti.
E. Sijil & Markah PAJSK
Sijil elektronik akan dikeluarkan kepada semua peserta MyPO 2024.
Para peserta layak mendapat markah PAJSK (peringkat pertandingan akan dimaklumkan kelak).
F. Yuran Penyertaan
Tiada yuran penyertaan dikenakan untuk menyertai MyPO 2024.
G. Program Lanjutan
Bengkel Olimpiad Falsafah Malaysia :
- Seramai 15 orang peserta terbaik daripada MyPO 2024 akan dipilih untuk menghadiri Bengkel Olimpiad Falsafah Malaysia yang akan diadakan pada Mac 2025.
- Bengkel akan diadakan secara bersemuka. Pengisian bengkel ini ialah kuliah falsafah, sesi perbincangan idea, dan latihan penulisan.
- Pada akhir program ini, kesemua peserta akan menduduki penilaian akhir untuk memilih wakil negara ke IPO 2025.
- Lokasi tentatif bagi program ini ialah Perpustakaan Awam Cawangan Kajang (PPAS Kajang), Selangor.
H. Makluman Lanjut
Hubungi kami melalui emel di emelppfpm@gmail.com .
Tarikh Penting MyPO 2024
Tarikh Penting
Pendaftaran Dibuka
Pendaftaran Ditutup
Siri Kuliah Falsafah
Pertandingan MyPO
Pemenang Diumumkan
24 September 2024
25 Oktober 2024
26 Oktober – 19 November 2024
23 November 2024
Januari 2025
Pendaftaran Dibuka – 13 September 2022
Pendaftaran Ditutup – 1 Oktober 2022
Siri Kuliah Falfasah – 1 – 25 Oktober 2022
Pertandingan MyPO – 29 Oktober 2022
Pemenang Diumumkan – 15 November 2022