Pengenalan MyPO
Pengenalan MyPO
Anda pelajar sekolah menengah yang suka berfikir, rajin membaca dan minat berhujah? Anda berminat mendalami ilmu falsafah?
Jika ya, anda dijemput untuk menyertai Olimpiad Falsafah Malaysia (MyPO), satu pertandingan penulisan esei falsafah peringkat kebangsaan.
MyPO adalah suatu pertandingan penulisan esei falsafah, anjuran Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang belajar di peringkat menengah atau pra-universiti (termasuk di luar negara), dan berumur 18 tahun ke bawah.
Para pemenang MyPO akan berpeluang untuk menyertai Kem Falsafah Kebangsaan, iaitu bengkel latihan bagi memilih pasukan Malaysia bagi International Philosophy Olympiad (IPO). Peserta yang terpilih akan mewakili Malaysia ke IPO 2023 yang bakal dianjurkan pada bulan Mei 2023 di Olympia, Greece.
Mengenai IPO
Mengenai IPO
IPO merupakan suatu pertandingan penulisan esei falsafah peringkat antarabangsa yang membabitkan lebih 50 buah negara. IPO telah diasaskan pada tahun 1993 dan diadakan setiap tahun pada sekitar bulan Mei. Pertandingan IPO adalah di bawah naungan International Federation of Philosophical Societies (FISP).
Kenali IPO dengan lebih lanjut di pautan http://www.philosophy-olympiad.org/.
Setiap negara boleh menghantar 2 orang peserta ke IPO, yang dipilih melalui pemilihan di peringkat kebangsaan oleh organisasi yang dilantik oleh FISP. Proses pemilihan peserta Malaysia diuruskan oleh PPFPM; proses ini bermula dengan MyPO dan diikuti dengan beberapa siri latihan dan saringan.
Malaysia mula mengambil dalam IPO sejak tahun 2018. Walaupun penglibatan Malaysia masih baru, para peserta negara telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan memenangi beberapa anugerah di IPO, iaitu
– Saudara Chan Tzu Kit ( Saguhati, IPO 2018 )
– Saudara Muhammad Amir Rafiq b. Mohd Rafee ( Saguhati, IPO 2019, eIPO 2021 & Pingat Perak, eIPO 2020 ).
– Saudara Muhammad Emil Hafiz b. Hafiznizam ( Saguhati, IPO 2022 )
Mengenai MyPO
Mengenai MyPO
A. Objektif
- Mendedahkan para pelajar Malaysia kepada bidang falsafah dan ketamadunan manusia, termasuk dari aspek tokoh, idea, aliran dan sejarah;
- Menyediakan para pelajar yang bakal ke IPT dalam bidang falsafah ( Kursus Falsafah dan Isu Semasa adalah salah satu subjek wajib di IPT );
- Mendedahkan para pelajar kepada kaedah berfikir dan menulis yang efektif;
- Memberi pelajar peluang untuk menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
B. Format Pertandingan
- MyPO 2022 merupakan pertandingan penulisan esei falsafah secara atas talian.
- Peserta diberi 5 tajuk yang berkaitan dengan falsafah dan pemikiran; Peserta memilih salah satu tajuk dan menulis satu esei berdasarkan tajuk tersebut.
- Tempoh masa yang diberikan adalah 12 jam ( 10am – 10pm ).
- Tarikh pelaksanaan pertandingan MyPO pada tahun ini adalah pada 29 Oktober 2022
- Esei yang ditulis mestilah asli ( tiada rujukan dibenarkan ), dengan panjang 1000 – 2000 patah perkataan.
- Esei boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Esei akan dinilai oleh seklumpulan pakar dari PPFPM yang terdiri daripada ahli akademik dan pendidik falsafah
C. Persediaan Program
Sebelum pertandingan, perserta akan mengikuti 8 siri kuliah atas talian ( melalui Zoom ) mengenai topik-topik utama falsafah sebagai persediaan MyPO 2022. Kuliah akan diadakan pada :
- Tarikh : 1, 4, 8, 11, 15, 18,22 & 25 Oktober 2022 ( Selasa & Sabtu )
- Masa : 8.00pm – 9.30pm
Rakaman kuliah akan diberikan kepada para peserta. Pelajar wajib menulis sinopsis/refleksi bagi setiap kuliah yang diberikan.
D. Syarat Penyertaan
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut :
- Sedang mengikuti pengajian di sekolah menengah atau pra-universiti.
- Warganegara Malaysia
- Berumur bawah 19 tahun
- Belum memulakan pengajian peringkat ijazah di universiti.
E. Sijil & Markah PAJSK
Sijil elektronik akan dikeluarkan kepada semua peserta MyPO 2022. Para peserta layak mendapat markah PAJSK ( Peringkat pertandingan akan dimaklumkan kelak ).
F. Yuran Penyertaan
Tiada yuran penyertaan dikenakan untuk menyertai MyPO 2022.
G. Program Lanjutan
Bengkel Olimpiad Falsafah Malaysia :
- Seramai 15 orang peserta terbaik daripada MyPO 2022 akan dipilih untuk menghadiri Bengkel Olimpiad Falsafah Malaysia yang akan diadakan pada 15 – 20 Disember 222 ( waktu cuti persekolahan ).
- Bengkel akan diadakan secara bersemuka ( Face to Face ) dengan mematuhi SOP COVID-19 terkini. Pengisian bengkel ini ialah kuliah falsafah, sesi perbincangan idea, dan latihan penulisan.
- Pada akhir program ini, kesemua perserta akan menduduki penilaian akhir MyPO 2022 untuk memilih wakil negara ke IPO 2023.
- Lokasi tentatif bagi program ini ialah Perpustakaan Awam Cawangan Kajang ( PPAS Kajang ), Selangor.
H. Makluman Lanjut
No Telefon :
- 010-284-0360 ( En. Ilyas Adam )
- 016-672-4825 ( Dr. Alinor Kadir )
- 012-341-3546 ( En. Suhaimi Ramly )
Tarikh Penting MyPO 2022
Tarikh Penting
Pendaftaran Dibuka
Pendaftaran Ditutup
Siri Kuliah Falsafah
Pertandingan MyPO
Pemenang Diumumkan
13 September 2022
1 Oktober 2022
1 – 25 Oktober 2022
29 Oktober 2022
15 November 2022
Pendaftaran Dibuka – 13 September 2022
Pendaftaran Ditutup – 1 Oktober 2022
Siri Kuliah Falfasah – 1 – 25 Oktober 2022
Pertandingan MyPO – 29 Oktober 2022
Pemenang Diumumkan – 15 November 2022
Poster Pertandingan MyPO
